SHAH ALAM: Laungan azan antara ikhtiar digunakan anggota bomba terlibat dalam usaha pemadaman Wisma Jakel di sini pada Ahad.
Pasukan Bomba Sukarela Gombak menerusi perkongsian Facebook memaklumkan, anggotanya yang terlibat berdepan pelbagai kesukaran dalam melakukan usaha pemadaman.
"Dah hampir lapan jam kami di Jakel Shah Alam, kebakaran masih belum dapat dikawal sepenuhnya dan pihak bomba masih bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.
"Sudah empat atau lima orang anggota kami melaungkan azan, faktor angin kuat ditambah pula dalam kedai ini penuh barangan tekstil menyebabkan kerja-kerja pemadaman agak sukar dan memakan masa," katanya pada Ahad.
BACA: Wisma Jakel Shah Alam terbakar, musnah 80 peratus
BACA: Kebakaran Wisma Jakel dipercayai akibat litar pintas
BACA: Kebakaran Wisma Jakel: Unit K9 digerak esok
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, kerja pemadaman pada mulanya dijalankan melibatkan bangunan lima tingkat menempatkan gedung beli-belah tersebut.
"Pemadaman mula dijalankan pada jam 7.12 pagi melibatkan ruangan beli-belah di wisma tersebut.
"Api yang marak kemudiannya merebak ke bahagian bangunan bersebelahan melibatkan tempat penyimpanan atau stor barangan jualan yang meliputi kain, baju dan bahan untuk menjahit termasuk permaidani dan pakaian untuk majlis perkahwinan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Katanya, cabaran yang dihadapi anggota bomba adalah keadaan ruangan yang padat dengan barangan.
"Anggota menghadapi kesukaran untuk memasuki dalam bangunan yang padat dengan barangan.
"Kami kemudiannya terpaksa menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP), pemadaman dilakukan dari bahagian luar bangunan," katanya.
Menurutnya, api kemudian berjaya dikawal kira-kira jam 3 petang.
"Usaha pemadaman terus dijalankan dan api kemudian berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 5.12 petang," katanya.
Pada Ahad, Wisma Jakel yang menempatkan gedung jualan pakaian dan stor barangan terbakar dalam kejadian sekitar 7 pagi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.08 pagi.
Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam, BBP Kota Anggerik, BBP Subang, BBP Kota Raja, BBP Damansara, BBP Sungai Pinang dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 01 2023
Pasukan bomba terpaksa menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) bagi melakukan kerja pemadaman dari bahagian luar bangunan. - Foto Bernama
Konsortium umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Gateway Development Alliance dan para pemegang sahamnya (secara bersama dikenali sebagai Konsortium) mengumumkan tawaran sukarela prasyarat bagi mengambil alih semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang belum dimiliki Konsortium itu, pada harga tawaran sebanyak RM11.00 bagi setiap saham.
PM Singapura baharu: Menilai dinamik hubungan dua hala
Era kepimpinan di Malaysia dan Singapura sudah berubah. Bagaimana ini mencerminkan hubungan dinamik dua hala yang amat memerlukan satu sama lain? Dr. Ahmad martadha berkongsi pandangan.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Mei 2024
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dijadual diumumkan lewat Rabu adalah penting untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada masa akan datang.
Prestasi ringgit setakat 16 Mei 2024
Pada penutup dagangan setakat 14 Mei 2024, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Apa angka ekonomi suku pertama dan maknanya?
Apakah jangkaan angka ekonomi suku pertama 2024 dan apakah maknanya kepada rakyat terbanyak? Adakah penstrukturan ekonomi yang sedang dijalankan kini membuahkan memberikan kesan? Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkongsi pandangan.
Kos sara hidup meningkat, cabaran golongan muda simpan untuk haji
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, bagaimanakah golongan mudah boleh menyimpan untuk melaksanakan ibadah haji? Bagaimana untuk mencapai keseimbangan kewangan yang diperlukan dalam mencapai hasrat berkenaan.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
AWANI Pagi: Hari Guru - Aspirasi guru celik digital
Diskusi dengan dua pendidik dari Perlis dan Johor, mengenai tema sambutan Hari Guru tahun ini, Hari Guru: Aspirasi Guru Celik Digital dalam Awani 8.30 pagi.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
Anggota bomba laung azan ketika padam kebakaran Wisma Jakel
Laungan azan antara ikhtiar digunakan anggota bomba terlibat dalam usaha pemadaman Wisma Jakel pada Ahad.